Sunday, 21 August 2011

LailatulQadar

LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN
10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
Sebab turun surah al-Qadr
Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.
Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.
Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.
Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"
Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."
Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar
Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.
Doa khusus di Malam Lailatulqadar
Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut
1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.
Maksudnya: "Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut"
Maksudnya: "Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa
Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:
1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.
Tanda Malam Lailatulqadar
Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:
- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

Wednesday, 10 August 2011

Ramadhan

Assalammualaikum....
salam ramadhan kpd sume bloggers yg disayangi....(bodek ni)hehehe...
pejam celik pejam celik sekejap jer mase berlalu kan...
hari raya pun da terasa dekat...xsabarnyer nk raye...aduhaiii...

kehidupan di ikbn ni time bulan pose mmg mencabar betol...
da la terpaksa ganti kelas untuk cover cuti raya kitorang...
makanya,setiap hari sabtu kami terpaksa dtg ke kelas...
maksudnyer sepanjang bulan pose ni ktorang hanya dapat cuti sehari jer,hari ahad...
tensionnnnnnnnn....

nk tau x jadual harian ika sepanjang bulan pose ni?
jom jom cekidaut...

4.30 a.m - bangun makan sahur kt dewan makan(dm)...ni terpulang la samada nk sahur ke xnk..tp ika bersahur dlm blk jer...xkuasa nk turun ke dm...=)

5.00~6.00 a.m - sambung tidur

6.00~6.30 a.m - pergi mandi n segarkan diri

6.30~7.15 a.m -bersiap utk ke kelas n kemas bilik

7.20~7.30 a.m - pergi rokol pagi

7.30~8.30 a.m - berada di padang kawad utk rokol n mendengar bebelan pegawai2...(stress)

8.30~12.30 p.m - pembelajaran dalam kelas...(kalo pengajar xde kami tdor n lyn movie korea..hahah)

12.30~2.00 p.m - tadarus al quran di surau n solat zohor berjemaah ( kalo uzur kena la membongkangkan diri di dalam kelas... semua pelajar islam tidak dibenarkan masuk asrama waktu tgahari..takut sgt student ponteng pose..cehh)

2.00~4.30 p.m - pembelajaran dlm kelas...(kalo ptg lg relax sbb pengajar da x masuk da)

4.30~4.50 p.m - balik kelas n beratur dalam barisan...mcm bdk sekolah rendah jer kan...

4.50~6.30 p.m - time utk terbongkang atas katil n bersihkan diri n solat asar...

6.30~7.30 p.m - sume pelajar kena kosongkan asrama utk berbuka puasa bersama2 di dm...makcik guard asrama ni kerek cket 2 yg xleh kawtim 2...wajib kene turun..

7.30~10.00 p.m - solat maghrib berjemaah di surau kemudian solat isyak n seterusnya solat terawih..(ni sume wajib kene buat!!)

10.00~11.00 p.m - balik asrama ,borak2,gosip2,mkn2 cket,mnum2 cket,basuh baju,sidai baju..

11.00~4.30 a.m - tidurrrrrrrrr....

sekiannnnnnn...

haaaaaa amacam??padat x??
2 la da ckp td...bln pose kt ikbn ni mmg xcukup rehat...2 yg kadang2 stress jerrr tension jerrr....
xsabar betol nk rayaaaaaaa.....

ni muka tension la niii....aduhaiiiiiiii.....

k la,selamat berpuasa n selamat beramal yer semua....
babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..................

Wednesday, 27 July 2011

Salam rinduuuuu....

halluuuuu...
seriyes rindu kt blog saye ni.....
da bersawang da kn...hehehehe...

thanks sgt2 pd yg jual wifi kt ikbn ni...
dapat la lps gian cket...

pd yg xtau,ika dapat menyambung pelajaran di ikbn alor gajah dalam jurusan diploma teknologi penyediaan makanan.bukan ape org laen ade diploma,ika pun nk ade diploma gak...(msti hantu tgh garu usus) hehehe...

sistem pelajaran di ikbn @ institut kemahiran belia negara ni berperingkat sebab ianya sijil kemahiran...so far da 4 thn ika belajar di ikbn..mst sume ckp lame sgt kan.die jd lame sbb berperingkat..ikut pilihan kite la samada nk straight smbg blajar atau stop stop...
kalo mcm ika,ika thn lps drop satu sem sbb nk kerja dulu...ape2 hal pun kita yg kene wat pilihan...

alhamdulillah,akhirnya suma impian ika da tercapai...
bermula dari thn pertama di ikbn miri,sarawak kemudian 2 thn seterusnya di ikbn alor gajah...
sume kisah suka duka di ikbn ni tak mungkin ika dpt lupekan..

ok la,cukup untuk arini....actually byk lg nk cerita pasal ikbn ni...tp slow2 dulu ae...idea tadak mari lg wooo....

psssstttt - rupa2nyer k.ina dodocheng n hantu limah sedang merindui diriku...hahahahahaha.....

Thursday, 14 July 2011

I am busy -.-'

Pendek saja bicara kata..

Harini last keje ... isnin dpn nk g daftar kt ikbn alor gajah,melaka...

byk keje aku xsiap lg ni....

arghhhhh tension....

ni la akibat,xbg notice bhenti 1 bulan...sib bek bos sporting...yuhuuuu...

entry hantu limah 2 pun agaknyer xdpt buat...
sabor jelah....


wish me luck ye kwn2.. =)

Tuesday, 12 July 2011

Contest Gilew - Gilew.....Hantu Kak Limah

Hallluuuuuuuuuuuuuuuuu.....
aku kecewa ariniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.........
ni sume pasal contest hantu limah 2 la......
penat2 da siapkan jwpn utk contest die last2 tlupa nk publish kan....arini baru tsedar tgk2 contest da closed....uwaaaaaaa....
tp walau bagaimanapun,akan ku jawab juga contest die yg ari2!!!!xkire!!!

*Jwpn ni aku da draft cume lupe nk publish kan sbb busy sgt.... :(

Di umumkan bahawa i telah mendapat jawapan untuk contest geliw geliw eh gilew gilew Hantu Kak Limah tuuuuu....korang sume da jwb lom??contest die 2 mmg pelik2 cket...besela...nama pun hantu kan...huahuahua...

Tadaaaaa ni jawapannyer :
1) Bahasa yg digunakan adalah bahasa kebangsaan negeri2 bersatu para penghuni di alam bwh tanah yg lebih sinonim dikenali sebagai bahasa jiwa bangsa negeri berkutub dan berkanun dan juga beriklim amazon.
hahahhahahahahaha betol tak hantu limah oiiiiiiii.....

Translate nyer pulak adalah berbunyi begini .
p/s : amaran kepada ibu mngandung dan pesakit jantung,anda tidak digalakkan untuk membaca translate ini kerana mngandungi kejutan yg melampau..huhuhuhu...

Jengjengjeng.....

Sebelah ..... Bagaimana anda cuaca Dugo ... IGRUE čekaju permainan untuk melihat ... nadam akan mengiringi anda untuk meninggalkan jalan-jalan .... sa mnom
Beliau meraih dirinya selama-lamanya u melihat doušnik škola berhampiran pintu ... Saya diberitahu Ahd možda Onda, atau ya hanya Cinta untuk melihat wajah zgodan koju di sini .. manis ...... kedua-dua
Well, u promjene kemudahan sementara, tetapi saya očekivao niche yang anda berdua dengan rakan sekerja.
Ew Britain fantasi, atau ini adalah impian saya untuk berada di sini untuk anda.
Nadam ialah anda berpuas hati sa mnom.
Saya tidak perlu imaju ratus orang untuk mengatakan bahawa ya ikhlas sretan život membina dengan anda.
Saya tahu bahawa saya su popular ramai peminat, atau bahawa masalah saya Britain.
Bist yang pastinya sangat mahal bagi saya anda orang izabrali običnim poput saya.
Nadam adalah peminat anda tidak iri hati saya, Yeremia sretan bio bahawa saya telah.
Terima kasih untuk anda semua mimpi dovršetak saya.



hahahahhahahaha....
kelakaw glerrrrr.....


itu sajalah....harap2 menang laaaa....
to k.limah : kalo aku menang aku sponsor myk wangi moqshoppy sebotol.


*aku nk menang jugak hantu oiiiiiiiiiiiiiii*

Friday, 8 July 2011

FAKTA MENARIK

 * Pada suhu 40 darjah,seseorang individu akan kehilangan 14.4 kalori bagi setiap jam hanya dengan bernafas!

 * Walaupun mengalami dihidrasi yang rendah,namun ia akan memperlahankan metabolisme seseorang sehingga   ke 3% .

 * Salah satu penyebab utama bagi keletihan di siang hari adalah akibat kekurangan air .

 * Satu kajian menunjukkan meminum segelas air pada waktu tengah malam akan melenyapkan rasa lapar .

 * Cahaya UV matahari adalah paling kuat di antara pukul 10 pg sehingga 4 petang .


So now,jgn culas utuk minum air yer....(ingatkan untuk diri sendiri jugak...)hehehe....
enjoiceeeee.....

Friday, 1 July 2011

INI COPY PASTE ILMU

HYE...

Seperti tertera tajuk di atas,ini sememangnyer entry copy paste...
tp bukan sebarang copy paste la kan...ini semua berkaitan ilmu...bile kite berilmu,kite sebarkan...amalan mulia tau...hehehe...


Bissmillahhirrahmannirrahim!


Ni satu lagi contoh yang bagus untuk kita berdialog dengan makhluk-makhluk jenis yang suka mempertikaikan apa yang telah diajarkan kepada kita berkaitan ibadah kita menyembah Allah. Dalam masa yang sama boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih rasional sekaligus menguatkan lagi keimanan kita kepada Allah.


Photo Courtesy : DetikDaily.net

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"
 
"Oh... Itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah."   

 
"Baitullah tu apa?"

 
"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah."  

 
"Allah ada dalam tu?" 

  
"Tak..."   

 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"   

 
"Yang saya sembah bukannya bangunan tu."   

 
"Kamu sembah apa?"  

 
"Saya sembah Allah SWT."  

 
"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"  

 
"Saya menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah." 

  
"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la."
"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"   
 
"Pernah. Selalu..."   

 
"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"   

 
"Tengok perlawanan bola la!"   

 
"Di mana?" 

  
"Dalam tv la!"   

 
"Cuba bukak tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak."   

 
"Memanglah tak ada... Tapi itukan gambarnya ada."  

 
"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu."   

 
"Takde. So?"   

 
"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola. Betul tak?"   

 
"Tak. Aku tengok perlawanan bola la melalui tv tu."   

 
"Peliknya."   

 
"Sebab apa pulak pelik?"   

 
"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa. Yang ada hanya wayar yang berselirat je."   

 
"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar je, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya."   

 
"Hurm. Jadi tak peliklah ni?"   

 
"Ya. Tak pelik."   

 
"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah SWT, walaupun dalam Kaabah tak ada Allah."
"Erk... Kau betul."


Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam bila berdepan dengan situasi begini, harus menanganinya dengan akal dan kebijaksanaan. Bukan melenting tak tentu pasal. Barulah nampak kewibawaan kita pada mata orang bukan Islam. Jadi, ilmu itu sangat sangat sangat sangat sangat penting. Rasulullah S.A.W. sendiri menekankan kepada umatnya mengenai kepentingan untuk mencari ilmu. So, penuhkanlah dada tu dengan ilmu yang bermanfaat untuk agama, untuk dunia, untuk akhirat.

Friday, 24 June 2011

COFFEE PRINCE

Hanyongseong...hehehe ika pakai taram je ni...nk ckp korea apa khabar sbenarnya....mcm trademark erul af9 tu...

Merujuk kpd tajuk di atas,dgn ini secara rasminya hendak bcerita mengenai cerita korea bertajuk 'coffee prince'..


Cast


korang pernah tgk tak cite ni??

Alkisah,hari tu baru je dgn susah payahnya melanggan www.tonton.com.my . N dari byk2 cte ade lak cte coffee prince ni...mula2 ngat nk try tgk satu episod je kot2 bez ke,rupa2nya mmg bez sgt2 oke....dlm mase 2 hari je (time office hour la) da abes tgk smpai episod 7 tau....mmg siriyes bez jln cte nyer di samping hero2 yg sgt handsomeeeee.....hehehe....

Memandangkan tonton ni style mcm tv so kne la tggu 1 episod 1 hari....adoiiii xsabarnyer nk tgk sampai habis....

Ok la ni nk review cket ar sinopsis cte coffee prince ni....

Mengisahkan eun chan yg berpewatakan spt lelaki bekerja keras utk menyara family...dia ade sorg adik pmpn n mak yg ske bgaya dan mmpunyai 2 secret admire...class g2...bermacam2 jenis kerja yg eun chan ni buat...jd pghantar mee,pghantar susu,pnjahit mata ank patung,dan mcm2 la...klebihan eun chan ni die sgt kuat,sgt bkerja keras dan sgt kuat mkn tp badannye kcik je...
Satu ari,eun chan nk g hantar mee,mase tgh bwk moto 2(moto die sgt usang) die nmpk moto kt dpn dia sgt laju n pndai cilok2 die pn nk tiru la org 2...die follow2 sampai kt tmpat prumahan, rupenyer org 2 keje die mragut..ble eun chan nmpk org 2 mragut die pn kejar la....
Ble da dpt tgkp rupanya org yg mragut 2 pakwer adik dia,Hwang Min Yeop..nk xnk die tpaksa lpskan..sbnrnyer die kjar peragut 2 sbb nk kan ganjaran tp da die knal tpaksa ar die lpaskan padahal time 2 dia btol2 nk pkai duit sbb nk bg mak dia..mak dia hilangkan cincin berlian yg bharga 8juta won oke..
Time ni la die kenal dgn han kyul,kwn lelaki org yg kna ragut 2,Han Yoo Joo..han kyul xnk bg ganjaran sbb ingat eun chan ni bpakat dgn peragut 2..
Slps bpikir2 antara maruah dan duit,eun chan pun ambk kputusan utk bsemuka dgn han kyul sbb die btol2 nk gune duit..nk tau ape jd??kne tgk la cte coffee prince ni dkt www.tonton.com.my..skang ni da episod 11...cte ni pernah maen kt ntv 7 tp xtau ble...xsbrnyer nk tggu episod2 akan dtg...
Ok la,pjg lebar lak bcerita kan...hehehe....

Babaiiiiii....

Hamsanidaaaaaaa.....

Tuesday, 21 June 2011

MARI-MARI BELI MINYAK WANGI

PATI MINYAK WANGI

MOQSHOPPY telah ditubuhkan pada 25hb Mei 2011. Ianya bermula dengan konsep dari Dubai di mana kami menjual jenis minyak wangi yang belum siap diproses - pati minyak wangi.
Biasanya minyak wangi yang terdapat di pasaran telah siap dicampur alcohol (90%) dengan pati minyak wangi (10%) kemudian dijualkan pada harga yang tinggi. Ini disebabkan pengguna terpaksa menanggung kos iklan, pengedar, promoter dan sebagainya yang mahal.
Tetapi MOQSHOPPY telah membawa pati minyak wangi terus dari kilang tanpa membayar kos-kos yang lain. Kini, pengguna minyak wangi boleh menikmati pati minyak wangi yang lebih murah pada quality yang tinggi.

PATI MINYAK WANGI SIZE 7ML
(100% TANPA ALKOHOL)


Top 6 Woman June 2010

1. Cacharel - Amor Amor

2. Paris Hilton - Paris Hilton

3. Christian Dior - Forever

4. DKNY - Be Delicious

5. S. Feragamo - Incanto Shine

6. The Body Shop - White Musk


Top 6 Man June 2010

1. Dunhill - Desire Red

2. Hugo Boss - Boss No.6

3. Dunhill - Desire Blue

4. Ralph Laurent - Polo Blue

5. Davidoff - Silver Shadow

6. Giorgio Armani - Aquo Di Gio

 

 * Ada banyak lg jenama2 yg terkenal . Ni antara top 6 pilihan pelanggan.

* Harga utk gred A rm 14 . Harga utk gred B rm 11 .ni tak termasuk harga postage tau . botol sume 7ml...beza gred A bau die tahan 1 hari n agak keras cket.gred B lak thn 1 hari n bau die soft/lembut cket...

* Boleh berurusan di alamat email ini - virgin_libra89@yahoo.com 


* pssstttt - hantu kak limah da beli sebotol minyak wangi gred B jenama issey miyake . Hantu pun pki minyak wangi tauuu....wakakakaka....

Sunday, 12 June 2011

Adab-adab di masjid atau surau

ALOHAAAAAA....(i tgh jerit kuat2 ni...hehe)

entry ni ika nk cite pasal adab-adab di masjid atau surau...
benda ni sebenarnyer "kite tau tp kite buat jugak" ...betol kannnn....hehhe...

1: bawak telefon bimbit.lepas tu berdering kuat masa tgh solat.dah tahu nk solat,bawak telefon tu pehalnya pulak?

2: makan pisang sampai kenyang terutamanya bila solat sunat jumaat.memanglah pisang sedekah tapi bukan untuk dilantak sampai kembung perut.

3:ajak member2 seangkatan atau pun budak2 muda main poker blkg masjid.siap bjudi pulak tu!

4: halau bebudak yang ada dalam masjid supaya jgn kacau org tgh solat.dah 2,bila masanya diorg nk belajar solat kalau bukan dari kecik?

5: bersembang sampai riuh satu masjid siap ketawa tepuk2 lantai.apa,ingat kedai kopi ke?

hahahahahahaha jum gelak ramai2....
tgh stress sebenarnyer sbb byk keje bos bg....
uhuhuhuhuhhuhuhu.......

GUGUR KANDUNGAN

Halluuuuu.....
Topik arini agak berat cket la....
Jom layan soalan mengenai gugur kandungan dan jawapannya sekali..
Ini ilmu yer...dont noty2....

PERNAH MENGGUGURKAN KANDUNGAN

Untuk pengetahuan doktor,ketika zaman persekolahan,saya seorang gadis yg bermasalah dan kerap terlibat dgn kegiatan sosial. Malah saya juga pernah beberapa kali menggugurkan kandungan sama ada di klinik swasta mahupun saya melakukannya sendiri dengan memakan makanan yg tajam. Kini semuanya telah berlalu dan saya sudah menginsafi perbuatan saya. Baru-baru ni,saya pernah terbaca artikel di akhbar yg mengatakan jika seseorang wanita telah beberapa kali menggugurkan kandungan,ada kemungkinan dia akan mengalami masalah mandul. Saya berasa sangat bimbang akan perkara ini kerana pastinya saya juga inginkan zuriat sendiri apabila berkahwin kelak. Bolehkah doktor mengesahkan kenyataan ini?

JAWAPAN DOKTOR

Prosedur menggugurkan kandungan jika dilakukan secara legal di hospital atau klinik yg bertauliah, adalah satu prosedur yg paling selamat. Jika dilakukan oleh individu yg tidak bertauliah,menggunakan alat-alat yg merbahaya atau persekitaran yg tidak steril boleh mnyebabkan kematian dan komplikasi2 lain. Antara komplikasi yg mungkin berlaku adalah pendarahan,tertinggal sisa2 hasil kandungan atau janin, perforasi pada dinding uterus (rahim),jangkitan kuman,luka pada pangkal rahim (serviks) dan pelekatan pada dinding rahim (berlaku apabila terlebih curettage). Prosedur ini tidak mempengaruhi kesuburan atau menimbulkan masalah mandul kecuali jika berlakunya pelekatan pada dinding rahim.

Friday, 10 June 2011

Hantu Vs Kucing

Hyehyehye....

Pernah imagine tak macam mane kalau hantu & kucing kalau bertemu??
xpernah ae??ok ni i nk list kan bagaimana keadaan di antara hantu & kucing kalau bertemu....
  1. Bulu kedua-duanya akan saling meremang....
  2. kucing da tentu seluruh bulunya akan mengembang manakala hantu plak hanya bulu kakinye dan bulu hidung nye shj yg mengembang...wakakakaa....
  3. muke kedua-duanya penuh dgn rase kebencian....
  4. cara menjeling juga kelihatan sama...
  5. keduanya tidak akan berdekatan
  6. akan saling berpandangan
  7. jika kucing mulakan serangan , hantu akan naek sawan seketika...
  8. yg pasti, hantu akan myerang dgn kate2 sahaja tp kucing akan myerang dgn kukunya yg tajam spt bru lps di asah....
  9. pertarungan akan lebih hebat jika hantu membawa anak2nyer skali...
  10. but in the end,hantu akan kalah dgn kucing kerana kucing mbawa tuan nyer yg garang dan sangat bkuasa...wahahahahaha....
Tamatlah sudah filem epik plg bpengaruh " HANTU VS KUCING "
hahahahahahaha.....

Psssst : ni i tuju2 kat Hantu2 sedunia...huhuhuhu.....

Wednesday, 8 June 2011

Perbezaan antara 2 dunia

Salam....
nk cte cket la pasal Kenduri kahwen...
korang tau x terdapat perbezaan kenduri kawen kt melesia ngan australia??
ofkos la xsame sbb dorg sume kawen kt church...hehehe...

Ok2, sebenarnya nk cerita pasal beza kenduri kawen kt selangor/kl n sarawak/sabah...
dekat selangor/kl  kalo ade kenduri kawen, kite mst sgt teruja melihat persiapan sesuatu perkahwinan itu...contohnya,kite eksaited nk tgk pelaminnye la,nk tgk khemah yg ade langsir2 la,nk tgk makanan nye la...sng cte sume perincian tu haruslah elegan , sedap mata memandang , n ofkos harus cantik la kan...makanan harus sedap,goodies haruslah comel n pengantin itu sdiri haruslah bmekap cntik , berbaju cantik dan mempunyai kek yg sgt eksklusiv...btol x??

TP TP TP

korang pernah tgk x kduri kawen kt sarawak/sabah??
betapa bsederhana nyer mereka dari segala aspek...mereka hanya mementingkan pengantin itu sahaja...pengantin itu shj yg hanya dirai semahu2nya....tidak pada pelamin,tidak pada khemah n tidak pada makanan....mekapnya juga simple sesimple2 nyer....

JD JD JD

persoalannya :
kenapa terdapat pbezaan spt itu??
adakah adat mereka tidak spt kite??
atau mereka tiada bajet yg besar??
sesiapa yg tawu meh la share same2 yer....

psst : ini adalah secara pandangan kasar i saje....jika salah tlg btulkan....kalo sape yg tau dgn lbih lanjut terangkan la kt i yer.......

ni i bg cth gmbr yer... (ambik kt pesbuk jer...hehehe)

Di selangor / semenanjung malaysia...

Ni plak di sarawak / sabah...



Haaaaa...sudah nmpk perbezaan itu??

Monday, 6 June 2011

Ini Fakta

Tahukah anda bahawa :

Masyarakat di jepun lebih mementingkan polisi insurans berbanding perkara lain..

Anda rasa untuk seorang individu berapa polisi mereka ada??

1?2?3? - salah sama sekali !

Untuk seorang individu di jepun,sekurang-kurangnya mereka memiliki 8 polisi insurans!!berbanding di negara kite,untuk mngambil 1 polisi insurans pun nk kne bpikir sampai migrain2,smpi muntah2!
Benar atau tidak?

Ternyata masyarakat di jepun sgt2 maju dlm segala aspek..

Kenapela negara kite xnk mcontohi negara2 yg maju spt jepun...

Bak kate org dulu2,sediakan payung sblm hujan...
Dan bak kate my boss - tinggalkan waris dengan kesenangan adalah lebih mulia berbanding tinggalkan mereka meminta-minta.
Sekian...........

Friday, 3 June 2011

Ble petang otomatik ngantok..huwarghhh....

Olla... :-)
Korang notice x,ble petang je mata da start ngantok,otak jd stress n bdn rase lemau2 je kn...
So,Ape kate kite men teka teki??
Atleast,dpt la released cket otak kite ni....

Teka teki pertama :
Pintu ape yang walaupun dengan 5 org pun tak leh nak tolak?

Teka teki kedua : 
Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?

Teka teki ketiga :
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tidak boleh duduk?

Haaaa mari2 jgn segan silu ye jwb teka teki ni.....
Sape btol i bg limaplohsen....
hahahhahhaaha.....

Assalammualaikum... :-)

Hello everybody......
firstly i want 2 thankiesss 2 my sister known as k.ina dodocheng....N olso hantu limah yg x jongang 2....wahahaha.....
Mereka b'2 la yg bsusah payah n bhempas pulas mencipta n merealisasikan my blog jejarigebus ni.... maseh maseh nooooo.....
Secondly,i want 2 introduce myself la.....xkenal maka xcinta la kan....hehehehe....
  • Short name IeQa RaHim
  • Umur 22 thn
  • Sy org Port Swettenham
  • Skang keje kerani kt Agensi EtiqaTakaful
  • Sy da ade pakwe (gler poyo kn hahaha)
  • Sy comel dan sgt friendly....hahahaaa.....
Haaaaa....tu jela serba sdikit tentang biodata sy....so i hope u all feel free la dtg jenguk2 kt blog jejarigebus sy ni okkkkk....
Sekian,terima kasih .
hai saya ika , saya baru dalam dunia blog.sila tunjuk ajar.

Followers