Harini nak bagitau yang aku sudah berjaya membuat swiss rolll..
seriously sedap wehhh...
macam makan black forest!
i likeeeee...
ni nak share resipi dari blog azlita masam manis..
memang komfom jadikkk...
jom layannnn..
Sumber
: Everybody Eats Well in Flanders
Di alih bahasa oleh : Citarasawan
Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan
Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
Di alih bahasa oleh : Citarasawan
Mula-mula sediakan loyang berukuran 10 X 10 inc
Lukiskan corak zirafah di atas sekeping kertas minyak
Sapukan atau griskan loyang dengan butter
Terbalikkan kertas minyak yang telah dicorakkan tadi dan letakkan di dalam loyang
Sapukan atau griskan atas kertas minyak tadi dengan butter sehingga rata, ini bertujuan supaya corak tidak melekat pada kertas minyak apabila kertas minyak di tanggalkan
Setelah siap ketepikan
Sekarang kita mulakan proses untuk menyediakan kek
Mula-mula kita sediakan dahulu adunan coklat. Untuk memudahkan kita bahagikan adunan ini kepada 2 peringkat.
Peringkat pertama
Adunan Coklat
Bahan A
3 biji kuning telur
15 gm gula kaster
60 ml air
40 ml minyak mazola / minyak masak
75 gm tepung gandum
1/2 sudu teh esen vanilla
1.
Satukan
gula dan telur
2.
Pukul
sehingga adunan berkrim
3.
Tambahkan
esen vanilla
4.
Air
dan
5.
Minyak
6.
Pukul
adunan hingga sebati
7.
Tambahkan
tepung
8.
Kaup
balik adunan hingga rata
9.
Ambil
2 sudu besar adunan, asingkan untuk di campurkan dengan adunan corak zirafah
Setelah
siap ketepikan. Sekarang kita buat pula adunan putih telur (Bahan B) yang akan
kita campurkan dengan adunan dari Bahan A. Kita juga akan sediakan Bahan C yang
akan kita campurkan sekali dengan adunan Bahan A dan Bahan B
Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
Bahan B
3 biji putih telur
50 gm gula kaster
1/4 sudu teh cream of tartar
Bahan C
8 gm serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1.
Pukul
putih telur hingga berbuih
2.
Kemudian
tambahkan cream of tartar dan
3.
Gula
kaster
4.
Pukul
bahan ni dengan mixer sehingga ia jadi kental / kaku / bertanduk ( softpeak)
5.
Ambil
1/4 adunan dan masukkan di dalam adunan Bahan A yang telah kita sediakan tadi.
Gaul rata dengan kaedah kaup balik.
6.
Campurkan
semua baki yang selebihnya ke dalam adunan dan gaulkan dengan kaedah kaup balik
sehingga ia sebati.
7.
Sekarang
kita tambahkan serbuk koko dari Bahan C
8.
Tambahkan
juga coklat emulco
9.
Dengan
kaedah yang sama, kaup balik adunan hingga ia bergaul sempurna. Ketepikan
Selesailah
proses pringkat pertama.
Sekarang kita beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah
Peringkat ke dua
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi
Sekarang kita beralih pula pada proses peringkat ke dua. Proses untuk menyediakan adunan mencorakkan zirafah
Peringkat ke dua
Adunan Corak Zirafah
1 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1 sudu teh tepung gandum
2 sudu besar adunan dari Bahan A yang telah kita asingkan tadi
1.
Pukul
putih telur bersama 2 sudu teh gula kaster sehingga kembang dan bertanduk
(softpeak)
2.
Tambahkan
tepung dan kaup balik adunan sehingga sebati
3.
Kemudian
kita masukkan pula 2 sudu besar adunan Bahan A yang telah kita asingkan tadi.
Gaul rata adunan dengan kaedah kaup balik sahaja.
4.
Masukkan
adunan yang telah siap ke dalam piping bag
Sekarang
boleh lah kita mulakan proses peringkat ke tiga iaitu , melakar corak atas kek
dan diikuti proses penyediaan kek kita.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
Sebelum itu panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170C
Ita letak pada rak bawah dan menggunakan api atas dan bawah.
1.
Potong
hujung piping bag. Paipkan atas lakaran corak yang telah kita lukiskan di atas
kertas minyak tadi
2.
Setelah
siap , bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
selama 1 minit sahaja.
3.
Bila
adunan dah masak, keluarkan dari oven dan tuangkan pula adunan coklat tadi
4.
Ratakan
hingga ke setiap penjuru loyang
5.
Hentak-hentakkan
loyang, untuk menghilangkan gelembung udara yang terperangkap didalam adunan.
Bakar adunan di dalam oven pada suhu 190C selama 10 ~ 15 minit sahaja atau
sehingga kek kita di masak dengan sempurna.
6.
Bila
kek telah masak keluarkan dan terbalikkan kek kita tadi di atas redai dengan kertas
minyak nya sekali. Jangan buka kertas minyak sehingga kek benar-benar sejuk.
Bila kek telah sejuk barulah kita tanggalkan kertas minyak tersebut.
Sekarang,
bolehlah kita mulakan pula peringkat ke empat.
Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
Bahan Filling
100 gm krim putar bukan tenusu ~ Non Dairy Whipping Cream
100 gm Blueberry Filling ~ jika suka
Putar krim putar bukan tenusu / Non
Dairy Whipping Cream sehingga kental / kaku ( softpeak)
1.
Letakkan
kek di atas sekeping kertas minyak dengan corak zirafah di sebelah bawah
2.
Letakkan
blueberry filling di atasnya dan ratakan
3.
Letakkan
juga Non dairy Whipping Cream yang telah kita putar tadi
4.
Dengan
berhati-hati gulung kek membentuk selinder
Balut
kek dengan kertas minyak dan simpan di dalam peti ais semalaman atau paling
kurang 4 jam sebelum di potong.
percubaan berjaya... corak zirafah aku dah buat, ni aku try corak cenggini lak |
ni masa nak sejukkan dalam chiller .. biar semalaman lg sedapppp... |
cantik dan gebusssss |
yang sebelah tu my MIL punyer bahulu gulung letak blueberry filling |
No comments:
Post a Comment