Thursday 29 November 2012

Lawan-Lawan


Sekarang masing-masing tengah demam... nk tau demam ape??

Demammmm ------>

Bola (piala AFF suzuki 2012) VS Durian Kampung = dia akan jadi BOYAN!!!

Hahahahahhahaa...

sekian~~~~~~~ :)

Penyibuk

Errrrrrrr errrrrrrrrrrkkkkkkkkkkkk ermmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
trrrrrrrrr brrrrrrrrrrrrrrrr grrrrrrrrrrrrrrrr drrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

emmmmm sebenarnya ade banyak rahsia aku nak tulis tppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp
hantu kak limah tu sibuk laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..................

die tu penyibukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.......gerammmmmmmmmmmmmmm jerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...................hummmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......

da laaaaaaaaaaaa.....bye! :0

# Lagu favourite #

Lirik Bahagia Sementara – Jamal Abdillah


Tak pernah aku meraguimu kau menawanku
Hadirmu merawat sepi di ruang hati ini
Kau meyakinkan duka berakhir menjelma bahagia
Tapi mengapa kau pula pergi ketika kasih mekar

Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?

Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara

Katakanlah mengapa perpisahan yang kau pinta dariku
Mengorbankan kasih cinta kita oh mengapa?
Katakanlah apa salah dan silapku padamu kekasih
Di manakah keadilanmu kepadaku?

Berbeza benar pendirianmu
Berubah hanya sekelip mata
Mengapa kasih bahagia kita sementara

Kerana ini permintaanmu ku akur sahaja
Melupakanmu tak semudah itu
Kerna kau terlalu istimewa

Perangai ape2 tahhh

Korang ade pangai ape2 tah x??perangai pelik-pelik la... lebih kurang...
komfem ade punyer kan...tak payah tipu...at least mesti ade 1...

So, same goes to me...i realized since aku da duduk kat rumah ni,(sebelum ni kan aku belajar kat ikbn so takde la rase sangat) perangai pelik aku adalah aku tak berapa suka orang luar duduk /tido kat rumah ni...in fact sedara sendiri pon!! Astaghfirullahhalazimmmmm....syaitan mane la yang hasut aku  ni...

Perasaan tak selesa tu yang buat aku rasa tak suka...yela semua tingkah laku kena jage kan..rimasssss gilerrr....sampaikan nak sapu sampah kat rumah sendiri pun rasa tak selesa...haaa camner tuhhh...

Hopefully,perangai aku ni dapat dibedung dibendung sebelum melarattttt....ni baru kat rumah mak bapak aku...kalo da ade rumah sendiri maunyer semua sedara mara taknak datang umah aku...tak ke haruuu...hehehe...

ini just one of my secret.. saje nak luahkan kat sini.. ni kan blog aku... tak kesah la kan...heehee..

wish me luck oke to change my attitude.. :)

Wednesday 28 November 2012

Tunang - 27/10/2012

Im officially da jd tunang kepada Muhamad Hidayat bin Ramlee ... suke1000x!!!hehehe..

Biar gambar berbicara.. :)







Ade banyak gambar lagi..tp ni diantara yang da edit...cantek x?hehehe...
edit pakai ipad hantu kak limah tu la...nantikan another gambar oke... :)

Gatal versi Hama lawan Nyamuk

Sejak jadi penganggur terhormat ni, ofkos la keje aku jd suri rumah kan...bile da jd suri rumah ni maknenyer 24/7 ade kt umah la...so aktiviti aku adalah di rumah sahaja..fhm?oke good..

so,lebih kurang sebulan yg lepas badan aku ni infact 1 bdn la diserang kegatalan yg maha hebat...bile da gatal aku msti garu sedass dua punyer pastu terjadilah kesan-kesan degil iaitu parutttt-parut kecil...
masalah ni berlarutan sampai la sekarang ni...daripada 1 parut jd 1 parut...sekarang ni adalah berparut2...tensionnn!

masalahnyer sekarang, aku still xtau apekah binatang yang menyerang aku nih...

adekah hama??

ataupun nyamuk??

yang pasti, I HATE BOTH!!

oh pleaseeeeee.....da burokkkkk kaki+tangan+badan+sumela!!
esok nk g klinik...doktor bg cocok bontot pon xpe...aku relaaaaaa....
da xtahan da ni... :(

Tuesday 10 April 2012

Finally :0

Salam...
finally da abes praktikal yeahhhhhh....*clapclapclap*
seronok rase hati...tapi tapi sedih jugak la....
berpisah dengan kawan-kawan...
miss my good team at sushi....
uwaaaaaaa.....


p/s : da 10 hari duduk rumah mengerjakan report...lotih bona la....

Friday 9 March 2012

Less than one month

Salam...
sekejap betul masa berlalu..tau-tau dah hampir 3 bulan aku praktikal kat sushi king tu...
segala suka duka penat lelah bekerja di situ telah disimpan kemas-kemas dalam memori aku ni...
sayang betul nak tinggalkan sushi king ni...

kepada Ms Ernie Ashikin ( Senior Restaurant Manager ) : Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan teguran yang diberikan...walaupun agak cerewet,tapi merupakan orang atasan yang tidak segan silu bergaul dengan orang bawahan...percakapan yang tegas dan tidak pernah mengguriskan hati pekerja...A good manager got a good staff too....

kepada Kak Haryaningsih ( Manager In Trainee ) : Thanks because to be a good manager and also a good friends too...tapi kadang-kadang sikap gila pangkat tu terserlah jugak...walaupun suara umpama bom atom buatan sendiri,tapi akan tiba-tiba jadi kucing jinak bila mood ok..kalo mood tak ok,memang berperang sakan la dengan staff yang lain..

Kepada staff yang lain -

Abang ikram (Service Leader) : Abang yang suka buat lawak spontan
Kak liza (Cashier) : like wonderpets ! Akan datang membantu jika ada kesusahan..hehe..
Siti (service) : walaupun part time,tapi expert taw...teman berborak..
Dayah (service) : Penyeri Sushi king..kalau da start membebel,keluar abes suara jawa..haha...
Amir (service) : Mempunyai perut yang sangat comel..kuat makan betol la...
Luqman (service) : Pekerja terbaik Sushi king...rajin bebenor la kau ni dik..
Nizam ( Kitchen crew ) : suka guna iq 1 gb..lepas tu buat lawak tiga suku..penyeri kaiten ni..
Abg Zaidi ( Senior Cook 2 ) : pekerja senior yang sangat comel..suka panggil aku doraemon..boleh tgelak sendiri kalau perhatikan gaya dia..hehe..
Brian Montegrai ( Junior Cook ) : si tulang yang menghiburkan hati..tempat berlawak dan sepak terajang sekali...
Abg Hafizh  ( Junior Cook ) : abang yang suka bercerita..really like 'abg'..da kawen da..panas baran jugak kadang-kadang..pembuat 'maki' yang paling cantik dan seorang focus man...
Abg azam  ( Junior Cook ) : nak berhenti da pun...tp abg azam memng terbaik dan sempoi la...syok kerja dengan abg azam..
suhaida  ( Junior Cook ) : baru jer masuk kerja...ok la tp macam pahat dengan penukul sikit..
Wak sumarto (steward ) : kalo wak takde,kitchen,service,kaiten sume jammed!begitu hebat penangan wak..haha...
Ibu napsia  (steward ) : wife wak..ok la buat kerja..tapi lemah lembut sikit..

itu sahaja lah senarai keluarga besar sushi king...
bekerja umpama satu keluarga tersangatlah menghiburkan hati... =)

Saya Sayang Anda Semua !! Pom Pom !!

Monday 5 March 2012

Rama-Rama

Kau terbang..
mencari sesuatu...ke sini dan ke sana...
kau berhenti di suatu tempat...
indahnya...amannnya....
lalu kau terfikir...
boleh ke aku menumpang di sini...
aku suka akan tempat ini...
kau bermaharajalela di situ...
namun...itu adalah tempat kepunyaan orang laen...
kau hampa...kecewa...
lalu meninggalkan tempat yang indah itu...
bila lagi agaknya kau dapat berjumpa dengan tempat seindah itu...
kau tangisi pemergian kau sendiri...
namun kau sedar..
hak kau bukan di situ...itu adalah hak orang lain...
mungkin benar..
tempat yang indah itu adalah kesukaan semua orang...
semua orang harus memilikinya...
termasuk kau sendiri...
jadi,berusahalah wahai si rama-rama!

Sunday 12 February 2012

Tentang aku

Salam...

Aku realize yang aku sebenarnya seorang yang macam ni :-


  • Seorang yang garang dengan anak hantu limah...hehe...
  • Sangat happy go lucky dekat tempat kerja....
  • Suka gelak bila ada orang buat kelakar...(terutama bila dengar cerita hantu limah yang sengal ubi tu..hahaha)
  • Cepat mesra dengan semua orang...
  • Sangat menghormati orang di sekeliling...
  • Malas nak tau masalah orang di sekelililing...
  • Tak suka tension..
Itu je la dulu...heheheehehehehe....

Wednesday 8 February 2012

Nak Herba Life!!

Salam...

Nak Nak Nak Herba Life!!!!!
Lepas tengok kt blog ni http://amalina-peter.blogspot.com/ !!!!
Sungguh berinspirasi dan bermotivasi btoi....

Herba Life,Please change my life to be a top modelling...hehehehe....nak kawen da ni tapi bulat semacam je...adoi adoi....

Thursday 2 February 2012

Isabelle Caro - Penghidap Anorexia Nervosa

Salam....

Semalam belek-belek surat khabar lama..surat khabar yang bertarikh 12 Januari 2012...terdapat satu artikel yang sungguh menyayat hati...kisah Isabelle Caro...seorang penghidap Anorexia Nervosa...

Anorexia Nervosa bermaksud merujuk kepada masalah pemakanan dihadapi seseorang individu disebabkan takut gemuk yang berlebihan.....

kesian Isabelle,badannya kurus keding hampir tiada isi...pipinya cengkung sehingga nampak tulang sahaja...
menurut artikel berkenaan, Isabelle Caro menderita anorexia nervosa tahap serius sejak usianya 13 tahun..katanya,beliau mempunyai kehidupan yang cukup rumit,cukup sukar malah cukup menyakitkan kerana berdepan dengan fobia ibunya yang takut dan tidak mahu melihat dia membesar...senang kata,takut jika anak gadisnya itu gemuk...

Isabelle Caro akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di Perancis iaitu selepas dua minggu dimasukkan ke hospital kerana masalah pernafasan..

Bila membaca kisah ini,syukur ke hadrat Ilahi kerna mengurniakan ika, mama yang sungguh penyayang dan tahu semua keperluan anaknya...tidak mengongkong,tidak cerewet...mama biarkan anak-anaknya sendiri yang mencorakkan kehidupan mereka agar kami semua dapat tahu nikmat hidup yang sebenar dan bukan hidup yang penuh dengan peraturan dan arahan....

Apa yang dilalui oleh Isabelle Caro hanyalah tuntutan 'The Price of Beauty'....

Gambar Isabelle Caro penghidap Anorexia Nervosa

Tuesday 31 January 2012

Cara untuk meredakan TENSION

Salam...

Beberapa hari ni memang boleh dikatakan tension sangat kat tempat kerja...
itu yang susah kerja dengan melayu ni, mulut main sedap je nak mengata orang...mulut jenis takde insuran...
aku tau la kau tu manager.. setakat ada pangkat jer sebagai manager tapi perangai macam harami memang tak layak la .....

Kau membebel sana sini tapi semua kerja kau terbengkalai...itu jam, kau sibuk nk ambik tau pasal kerja orang lain...aku tau la apa kerja aku nak buat...aku bukan budak kecik kau nak suruh buat itu ini....wadefak la lu perempuan!!tension betol aku....

So,cara yang paling berkesan untuk melepaskan dan meredakan tension sekaligus adalah bawak motor laju-laju and press minyak sampai habis...time tu bolehlah menangis sepuas hati dan menjerit sekuat hati....
BERJAYA Ok!!

and i'm feel free now....
Alhamdulillah....

Sunday 29 January 2012

Nak mengamuk!

Bengang betol la hari ni....i am just practical student je bukan full time worker...
kene closing kaiten sorang-sorang,its a tough man....
penat sehhhhh....
full time worker pulak boleh suka-suka hati pulak nak balik kampung....at least ko inform la dulu budak....
tak pasal-pasal aku pulak kena cover kau....
tak sabar betol nak habiskan 3 bulan kat sini....
i'm really miss my friend so bad....and also my hubby bunny...
tskk tskk -_-,

Saturday 28 January 2012

What i am doing now??

Kawan-kawan,doakan ika rajin update blog boleh??
hehehehe...macam ayat nak mintak kaki jer kan....

whatsoever la....who cares??=)

Setelah 6 bulan ika menuntut di IKBN,sekarang tiba lah masanya untuk pergi berperang...berperang maksudnya pergi praktikal la @ on job training....

kenapa panggil perang??sebabnya praktikal student ni selalunya dibuli...mana tidaknya,elaun cuma diberi rm350 tetapi kerja dah macam nepal nak sara anak bini dekat nepal sana....haishhhhh.....

nk tau ika praktikal dekat mana??

jengjengjeng.....dekat SUSHI KING tawwww.......
busy nk mampuih la kate orang restoran sushi ni....
baik cina,baik melayu dan baik india,semuanya berpusu-pusu datang nak melantak kat restoran ni....
felik betol...bukan sedap mana pun...da la mahal Nauzubillah....hehehehe....
Almaklumlah,tekak ika ni tak kena langsung dengan makanan jepun ni...tu yang tak berapa nak berkenan tu...kepada penggemar sushi,JANGAN MARAH NOO...CEK MELAWAK JA....hehehe....

-_-' fuhhhhhh.....

Tiada kata,Sepuluh kata ??

Salam...
akibat lama tak ber'blog', email address and password untuk sign in pun sudah tak ingat....
-__-' haissshhhh...

*ape nak jadi dengan kau ni ika*
haisssshhhhh....

Followers